Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Mana nak Jual Emas Public Gold? Ini 3 Kaedah & Jenis Tempat Jual Balik Emas.

Posted on February 7, 2023February 7, 2023 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas
3 kaedah jual balik emas
  • A) Emas dalam Akaun Emas Gold Accumulation Program
  • B) Emas Fizikal
    • 1. Jual Balik kepada Syarikat yang Mengeluarkan Emas Tersebut
    • 2. Jual Balik di Kedai Emas Seluruh Dunia
      • Jual Emas di Kedai Emas Luar Negara
    • 3. Jual Balik kepada Orang yang Berminat Membelinya
    • Kesimpulan

“Laku ke emas Public Gold ni?”

“Nanti nak jual kat mana?”

OMG. Tanya seolah-olah emas tiada nilai ya.

It’s okay.

Itulah pentingnya tahu dan ilmu pengetahuan tentang emas.

Mari Ainin kongsikan 3 kaedah jual balik emas Public Gold.

A) Emas dalam Akaun Emas Gold Accumulation Program

Untuk emas di dalam akaun emas Gold Accumulation Program, penyimpan emas boleh jual sahaja secara online, mudah kan? Klik butang ‘sell’, dan gram emas akan dijual mengikut harga semasa dengan spread.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Cara Jual Emas dalam Akaun Emas GAP
Tutorial Jual Online Emas akaun Gold Accumulation Program

B) Emas Fizikal

  1. Jual Balik kepada Syarikat yang Mengeluarkan Emas Tersebut
  2. Jual Balik di Kedai Emas Seluruh Dunia
  3. Jual Balik kepada Orang yang Berminat Membelinya

1. Jual Balik kepada Syarikat yang Mengeluarkan Emas Tersebut

Ini adalah cara yang paling baik disebabkan syarikat yang keluarkan emas tersebut akan menerima emas keluaran mereka dengan kadar yang tinggi iaitu susut nilai rendah.

Beli emas di Maybank, jual emas di Maybank.

Beli emas di Habib Jewel, jual emas di Habib Jewel.

Beli emas Poh Kong, boleh jual emas di Poh Kong.

Beli emas Public Gold , boleh jual emas di Public Gold.

Persoalannya,

adakah mereka terima (beli balik) emas mereka sendiri?

Sebab itulah, semasa kita hendak beli emas, kita kena pilih jenama emas yang syarat jualan baliknya tidak rumit. Bukan main beli saja.

Ini adalah kelebihan kepada emas Public Gold kerana cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia. Public Gold juga beri jaminan untuk beli balik walaupun emas patah, calar, kemek atau terbuka seal!

Yang mana kebanyakan institusi tak terima atau terima dengan susut nilai yang sangat tinggi!

Tambahan lagi, tahu tak sebenarnya tak semua syarikat kemas yang menerima balik emas mereka?

Baca perkongsian ainin di sini.

  • Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli

Tapi jangan risau, Public Gold akan terima semua jenis jenama emas walaupun bukan keluaran Public Gold. Walk in sahaja untuk jual balik emas.

2. Jual Balik di Kedai Emas Seluruh Dunia

Kita juga boleh jual emas kita di kedai emas seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Kedai pajak gadai pun boleh.

Tapi kaedah ini sebenarnya tidak digalakkan kerana kebiasaannya kedai emas akan beli balik emas dengan harga yang murah. Kita boleh rugi sehingga 25% susut nilai atau lebih daripada harga semasa.

Ini kerana kita tak dapat kawal harga kedai emas. Harga emas bukan termasuk dalam harga kawalan, jadi mereka boleh manipulasi sewenang-wenangnya.

Kalau boleh elak, elakkanlah kerana apabila kita rugi tapi kita salahkan emas.

Langkah terbaik?

Survey dahulu dan bandingkan serta buat kiraan harga.
Ainin teringat perkongsian rakan dealer yang berkongsi survey harga jual di 3 kedai emas di Kuala Terengganu. Hasil survey beliau, harga beli balik Public Gold adalah yang paling tinggi.

Mungkin tuan puan pun boleh buat survey sedemikian.

Jual Emas di Kedai Emas Luar Negara

Dah ramai penyimpan emas yang sudah menjual emas Public Gold di luar negara dan ramai antara mereka yang kongsikan kisah mereka jual emas di luar negara. Antara yang popular ialah Sajat yang jual emas di Australia.

Selain itu mentor emas Tuan Syukor Hashim juga menjual emas Public Gold di Dubai. Ainin kongsikan kisah beliau di bawah.

jual emas Public Gold di kedai emas Dubai
jual emas Public Gold di kedai emas Dubai

Artikel berkaitan:

  • “Saya Jual Dinar Emas ketika Bercuti di Dubai”- Tuan Syukor Hashim

3. Jual Balik kepada Orang yang Berminat Membelinya

Kita juga boleh jual emas kepada orang yang berminat untuk membeli emas atau ‘COD’ (cash on delivery). Kebiasaannya kaedah ini dibuat oleh peniaga emas.

Jika betul kaedahnya, cara ini lebih menguntungkan daripada jual emas kepada syarikat emas yang menghiburkan emas tersebut.

Walaubagaimanapun, kaedah ini sebenarnya mencabar kerana kita perlu cari pembeli emas yang berpotensi dan jujur. Penting untuk kita sertai komuniti emas atau bina rangkaian sendiri untuk mengetahui pembeli emas yang berminat.

Selain daripada mencabar, kaedah ini juga berisiko ditipu oleh pembeli atau penjual emas yang tidak jujur.

jual beli emas public gold
Suami Ainin COD emas 1gram design batik sogan

Pernah tahun 2020, Ainin (suami) COD emas 1 gram emas di luar dengan dealer Public Gold kerana Ainin mahukan design batik sogan tersebut. Dulu, akaun emas Gold Accumulation Program tidak seperti sekarang. Dulu, akaun emas Gold Accumulation Program tidak dapat keluarkan bermacam-macam design, tidak seperti sekarang. Jika nak, perlu order berkumpulan atau order di PGMall sahaja.

Sekarang, lebih mudah.

Artikel berkaitan:

  • Cara Keluarkan Emas dari Akaun Emas GAP 2023
Tutorial Keluarkan Emas GAP

Kesimpulan

Dengan ilmu, kita tahu emas sebenarnya ialah duit sebenar, laku dan bernilai tanpa sempadan jarak dan masa. Dari dahulu hingga sekarang, emas ialah sebenarnya matawang. Di Malaysia atau di luar Malaysia, emas bernilai dan jadi rebutan.

Kalau kita rasa rugi dengan menyimpan emas, itu sebenarnya kita masih belum tahu nilai emas dan potensi emas tersebut.

Yang paling penting, pastikan juga jenama emas yang diterima dan pastikan juga emas tersebut ialah emas.

Semoga perkongsian ini memudahkan urusan jual beli emas kalian.

Yang belum ada emas, mari mulakan simpanan emas pertama dan terus konsisten menabung emas!

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas
download ebook 5 minit emas

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold, SIMPAN EMAS, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d