Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
• Ainin, Emas dan Public Gold
• Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
• Asas Simpanan Emas
• Dealership Public Gold
• DOWNLOAD FREE EBOOK
• FAQ DEALER
• Kewangan Peribadi
• Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Public Gold(PG) VS Hello Gold (HG) VS Muamalat iGold

Posted on November 27, 2020May 13, 2023 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas
Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat
• Pilihan Akaun Simpanan Emas
• Perbezaan Antara Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat -iGold
• #1 Minimum Belian
• #2 Caj Belian
• #3 Caj Simpanan Tahunan
• #4 Caj Insurans
• #5 Spread (Susut Nilai)
• #6 Caj Premium
• #7 Berat Minimum Tebus Emas
• Ilmu.
• Ringkasan
• Kesimpulan
• Update

Pilihan Akaun Simpanan Emas

Banyak pula pilihan bila nak mulakan simpanan emas sekarang. Alhamdullilah, pilihan dah makin banyak, kesedaran tentang kewangan dan emas pun semakin meluas. Tapi mana satu yang nak pilih?

Masa Ainin bermula masa 2014, tak banyak pun pilihan yang ada. Jadi Ainin memang bermula dengan Public Gold. Tapi, Ainin pun pernah nyaris curang juga dengan Public Gold baru baru ini, Ainin nak beli emas dengan Hello Gold.
Yelah senang kot app Hello Gold, beli minimum RM 1 pun boleh.
Ainin dah install dah pun, nak beli dah.

Tapi nasib baik research sampai habis.

Rupanya ada hidden charge masa nak fizikalkan emas tu pulak.
Mak aih, mahalnya caj premium.
Macam nak beli emas satu gram lagi.

Bukan fanatik.
Tapi kalau ada yang lebih baik, kenapa tidak
Aagituuuu.

Bawah ini pula adalah penerangan daripada Ustaz Khairul Anwar Basri:

Ramai orang tanya saya tentang akaun GAP Public Gold.

Katanya susah nak mula sebab terlalu tinggi belian minimum iaitu RM100. Lepas tu dia bandingkan pulak dengan akaun emas Bank Muamalat iaitu RM10 je kalau nak mula. Lepas tu dia bagi lagi peluru kat saya. Katanya HelloGold boleh mula beli RM1 saja.

Murah kan kalau nak mula? Harga segram pun murah iaitu baru RM253.08 segram hari ni. Public Gold bapak la mahalnya. Dah la nak mula RM100 minimum. Harga segram pulak RM270 hari ni.Hehehe. Petang ni saya cerita 1 benda saja yang anda semua kena tahu tentang beza antara akaun GAP Public Gold dan akaun HelloGold.

Akaun emas Bank Muamalat nanti saya cerita kemudian. Bila beli emas, kita mesti target nak pegang fizikal. Apa-apa jadi pada tempat yang kita beli, tak kira la Public Gold atau HelloGold, emas ada di tangan kita. Betul kan? Kalau emas di tangan kita, harga turun pun kita tak rugi sebab kalau nak pakai duit kita boleh gadai emas yang ada sebab kita yang pegang.

Ok.

Katalah kita nak keluarkan fizikal 1 gram dalam bentuk gold bar, GAP Public Gold boleh keluar, HelloGold pun boleh keluar. Tapi, cuba perhatikan berapa kos yang kita perlu tanggung untuk keluarkan emas tersebut.

Di HelloGold, walaupun bermulanya rendah iaitu RM1 dan harga segramnya rendah iaitu RM253.08 saja, tapi nak keluar dia ada caj iaitu 0.913 gram.

Ye, nak keluar gold bar 1 gram, dia akan tolak 1 gram + 0.913 gram sebagai caj pengeluaran. Kalau kita ada 2 gram dalam akaun HelloGold, maka dengan mengeluarkan gold bar 1 gram, baki dalam akaun HelloGold kita bukan 1 gram tetapi 0.087 gram!

Aduhhh! Jom kira dalam bentuk duit pulak.

1 gram= RM253.08 Pengeluaran 1 gram = (1 gram + 0.913 gram) x RM253.08. TOTAL KOS RM484.15 SEGRAM.

Jom banding dengan akaun GAP Public Gold yang katanya mahal nak mula iaitu RM100.

Harga segram hari ini ialah RM270. Jika nak keluar fizikal bayar caj gold premium RM10 sahaja. Maknanya kos terlibat hanyalah RM280.

Dari sudut gram pula. Katakan kita ada 2 gram dalam akaun GAP Public Gold. Nak keluar 1 gram, maka hanya 1 gram yang akan ditolak dari akaun GAP kita. Baki tetap ada 1 gram dan tak hilang.

So, mana lebih murah dan bijak? Pilihan di tangan anda sekarang.

Haa lepastu Ainin nak share lagi perbezaan antara Hello Gold, Muamalat i-Gold dan Public Gold. Ini pun sebenarnya perkongsian daripda sahabat dealer yang bertungkus lumus research masa dia nak bermula menyimpan emas. Yelah, mestilah kena pilih yang terbaik kan!

Perbezaan Antara Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat -iGold

Public Gold
Hello Gold
Bank Muamalat iGold
Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat -iGold

Saya cuba untuk tidak berat sebelah ke mana mana company emas.

Ini hasil pencarian saya pada tahun lepas yang saya waktu baru tahu ada tempat simpanan akaun emas.
Selama ini saya hanga beli dari orang saja (berani kan?)

Sebelum tu, saya perkenalkan sikit tentang company ini.

PUBLIC GOLD ialah syarikat emas patuh syariah di Malaysia. Mereka ialah pengilang, makanya mereka mengeluarkan jenama sendiri. Product utamanya ialah jongkong emas dan dinar. Kemudiannya telah berkembang pada akaun simpanan emas, barang kemas dan e commerce.

HELLOGOLD ialah syarikat emas pertama yang memperkenalkan apps jual beli emas secara online dan patuh syariah di malaysia. Mereka ialah orang tengah antara kita dan PAMP SUISSE.

MUAMALAT gold-i ialah bawah bank muamalat. Seperti HG, mereka juga orang tengah di antara kita dengan Perth Mint.

🧡 Ketiga-tiga syarikat ini ialah patuh syariah
🧡 mereka ada sistem online untuk simpanan emas

Perbezaan mereka yang dapat saya lihat:

#1 Minimum Belian

🐠Public Gold: RM100
🐬Hello Gold: RM1
🐟Gold-i: RM10
Setiap duit yang dimasukkan dalam akaun akan ditukarkan pada nilai emas semasa.

#2 Caj Belian

🐬Hello Gold: RM1.20 secara online banking, free dengan pakai TnG dan Boost e wallet
🐠Public Gold: tiada caj tambahan
🐟Gold-i: tiada caj tambahan

#3 Caj Simpanan Tahunan

🐬Hello Gold: 2% setiap tahun
🐠Public Gold: Tiada
🐟Gold-i: tiada

#4 Caj Insurans

🐬Hello Gold: 2% setiap tahun atau 0.166% setiap bulan dilindungi oleh Chubb International (vault di BullionStar international,Singapura)
🐠Public Gold: tiada caj insurans, dilindungi oleh LONPAC.
🐟Gold-i: tiada caj insurans, tiada diberitahu secara detail, hanya sekadar menulis tidak dilindungi oleh PIDM

#5 Spread (Susut Nilai)

🐬Hello Gold: beli 0.79%, jual 2%
🐠Public Gold: 5-8% ikut berat emas
🐟Gold-i dalam 7-10% mengikut berat emas

#6 Caj Premium

🐬Hello Gold: mengikut keadaan demand dan supply boleh berubah termasuk harga transportation dan insurance utk pos kepada pelanggan. Caj premium akan ditolak dari akaun emas, iaitu 0.913 gram!
🐠Public Gold: mengikut nilai emas yg ditetapkan. Emas di ambil di cawangan terdekat. Saya akan share di bawah
🐟Gold-i formulanya ( tidak termasuk GST)
LME x berat emas dalam g × perbezaan harga emas fizikal dan emas akaun

Caj Premium Public Gold

#7 Berat Minimum Tebus Emas

🐬Hello Gold: 1g dan emas akan dihantar melalui pos yg dilindungi insurans
🐠Public Gold: 1g dan emas di ambil di mana 18 cawangan terdekat seluruh malaysia jika stok ada. Boleh dihantar melalui sistem pos dan dilindungi insurans
🐟Gold-i: 5g ambil di cawangan bank muamalat

Mungkin hasil pemahaman saya tidak tepat. Sesiapa yang sudi betulkan atau menambah, boleh PM saya akan betulkan supaya semua boleh dapat manfaat dari post ini.

Ringkasan

Hello GoldPublic GoldBank Muamalat
Minimum BelianRM1RM 100RM 10
Caj BelianRM1.20 secara online banking, free dengan pakai TnG dan Boost e wallettiada caj tambahantiada caj tambahan
Caj Simpanan Tahunan2% setiap tahuntiadatiada
Caj Insurans2% setiap tahun atau 0.166% setiap bulan dilindungi oleh Chubb International (vault di BullionStar international,Singapura)tiada caj insurans, dilindungi oleh LONPAC.tiada caj insurans, tiada diberitahu secara detail, hanya sekadar menulis tidak dilindungi oleh PIDM
Spread (Susut Nilai)beli 0.79%, jual 2%5-9% ikut berat emas7-10% mengikut berat emas
Caj Premiummengikut keadaan demand dan supply boleh berubah termasuk harga transportation dan insurance utk pos kepada pelanggan.
Caj premium akan ditolak dari akaun emas, iaitu 0.913 gram!
mengikut nilai emas yang ditetapkan.

Rujuk jadual di atas
formulanya
(tidak termasuk GST)
LME x berat emas dalam g × perbezaan harga emas fizikal dan emas akaun
Berat Minimum Tebus Emas1g dan emas akan dihantar melalui pos yg dilindungi insurans1g . Berat bawah 21.25 gram emas dihantar melalui sistem pos dan dilindungi insurans, berat 21.25gram emas di ambil di 18 cawangan seluruh Malaysia 5g ambil di cawangan bank muamalat
Ringkasan Perbezaan antara Hello Gold, Public Gold dan Bank Muamalat.

Kesimpulan

Jadi, buat pilihan yang bijak. Walaupun nampak murah pada awalnya, consider juga caj-caj tambahan yang bakal terlibat.

Jangan asal murah, kita terus beli. Ambil masa untuk semak terutamanya 5 kriteria.

Baca:

• Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli

Update

Februari 2023, Hello gold telah pun menamatkan operasinya di Malaysia.

Mahu mulakan simpanan emas Public Gold? Tekan butang di bawah untuk Ainin bantu sebaiknya.

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Ilmu.

Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Sebelum memilih dan melabur, galilah dan bacalah ilmu. Ainin nak bagi percuma ebook tentang emas. Silakan download dan baca dengan senyuman.

download ebook 5 minit emas

Itu yang percuma. Ini yang tak percuma. Ini adalah antara buku yang Ainin cadangkan. Buku wajib baca adalah dua buku pertama. Boleh dapatkan di link.

1. Buku Menyingkap Pelaburan Emas
2. Buku wang emas
3. Buku Misi Bebas Hutang
4. Buku Travelog Emas Hafizul Hakim
5. Buku Cashflow Keluarga Samsuddin Kadir
6. Buku Bijak Merancang Wang Penulis Afyan Mat Rawi
7. Buku Dinar Dirham vs Wang Kertas

Artikel Berkaitan:

• Daftar dan buka Akaun Emas Public Gold
• Cara beli Emas Public Gold
• Beli Emas 2 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria ini Sebelum beli Emas

Share this:

• Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
• Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold

1 thought on “Public Gold(PG) VS Hello Gold (HG) VS Muamalat iGold”

1. Pingback: Apa yang Ainin belajar daripada Buku Enam Angka Menjelang Disember - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

• Telegram
• YouTube
• TikTok
• Instagram
• Facebook
• Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
• Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
• Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
• Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
• PERCUMA:
• Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

• Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
• Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
• Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
• Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
• Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
© 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

ebook 5 minit emas

%d