Kebahagiaan itu percuma.
Pemandangan ini menghidupkan rasa.
Dapat datang ke pantai semalam pun sudah rasa cukup bahagia. Hati rasa penuh dan lapang.
Ditambah pula dengan riuh rendah gelak tawa anak-anak yang sedang tumbuh membesar,
bersama suami di sisi.
Itupun belum dikira lagi nikmat pakej kesihatan, masa dan lapangnya kewangan.
Segala puji bagi Allah.
Kebahagiaan dan expectation
Dalam buku Same as Ever, tulisan Morgan Housel,
kebahagiaan seseorang berkait rapat dengan expectation peribadi. Walaupun nikmat yang kemudiannya lebih besar, tetapi jika expectationnya tinggi, kebahagiaanya senang untuk tidak disyukuri.
Kebahagiaan adalah tentang expectation gap. Sangka yang membawa kepada ilusi dan permainan rasa.
Kebahagiaan dan Syarat
Ada orang, dia tetapkan syarat untuk bahagia.
Perlu banyak duit dulu, barulah bahagia.
Dapat kerja yang bagus dulu, barulah bahagia.
Capai ini dulu barulah bahagia.
Takut-takut, apabila sampai pada ilusi destinasi, bahagia yang diharapkan ibarat fatamorgana. Barangkali sesaat cuma, selepas itu dikejarnya trofi kebahagiaan yang lain.
Kesyukuran
Bahagia itu adalah proses dan perjalanan.
Tidak perlu perkara mahal untuk kita rasa bahagia.
Kecilkan expectation gap.
Dalam lajunya mengejar impian, kita diam, memandang dan menikmati segala yang telah diberikan.
“Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambah nikmat kepada kamu…”- (Surah Ibrahim: 7)
Ainin
Terengganu
2 Zulkaedah 1447H
20 April 2026