Minggu lepas, saya habiskan baca beberapa buku di perpustakaan. Salah satunya adalah buku ‘How to Make Money out of Thin Air’ tulisan Brian Sher.
Gaji Besar= Kaya?
Terlalu banyak input yang boleh diambil daripada buku ini. Salah satu perkongsiannya ialah, kekayaan yang sebenar bukanlah tentang trade masa kita menjadi duit.
Tulisnya,
satu perkara yang akan buat kita berlari dalam bulatan kemiskinan ialah, kita jual masa kita untuk duit.
“the worst possible option you can take in choosing how to become financially independent is to sell your time”
Jadi,
jika gaji kita tinggi sekalipun, tetapi kita tiada masa, kita sebenarnya sedang mengorbankan masa kita dengan duit. Kita tidak akan bebas.
Kesilapan ramai orang, mereka mengukur kekayaan dengan besarnya slip gaji mereka. Sedangkan, apabila musibah terjadi atau dibuang kerja, mereka jatuh terduduk dan kembali kepada kosong.
Gaji ialah Aset tapi Aset bukan Gaji
Gaji boleh jadi aset kita, jika kita fokus untuk bina aset yang memberikan kita duit, flow of money.
Sebab itulah sangat rugi, orang yang korbankan masanya untuk gaji iaitu apabila mereka terima sahaja gaji, mereka belanjakan pada liabiliti, hutang atau kehendak secara bermewah-mewah.
Ini kerana kerjaya kita itu bukanlah jaminan kita selama-lamanya. Bak kata guru saya, ‘jaminan seorang pekerja adalah berhenti atau diberhentikan. Kerjaya kita bukan milik kita’.
Jadi, selama mana kita peroleh gaji setiap bulan, fokus pada tabungan dan aset.
Kaya bukan tentang gaji tapi aset.
Dalam buku itu,
“make money is not about earn an income, but focus building assets”
Fokus bina aset.
“Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji. Tapi berapa lama kita mampu bertahan bila tidak ada lagi gaji”
Formula daripada guru emas saya iaitu Tuan Zulkifli Shafie,
kaya= tabungan + aset – hutang
Artikel berkaitan:
- Kekayaan Bukan Jumlah Gaji, Tapi Berapa Lama Mampu Bertahan Bila Tiada Lagi Gaji
- Formula Jadi Kaya : Simple, Tapi Ramai Orang Tak Tahu
Orang Kaya
Sebab itulah, tidak pelik jika orang kaya tidak terlihat mewah kerana kekayaannya tersembunyi pada aset yang dimiliki yang tidak ditayang kepada orang ramai.
Cuma,
orang kita banyak salah faham. Mereka menganggap mewah itu ialah kaya. Sedangkan mewah itu ialah tabiat berbelanja yang besar. Orang kaya pun boleh bermewah, orang yang tidak kaya pun boleh jadi bermewah.
Kaya lain, mewah lain.
Sebenarnya,
orang yang kaya sudah kaya sebelum mereka ‘terlihat’ jadi kaya. Dalaman mereka sudah pun kaya. Tabiat mereka sudahpun seperti orang yang kaya.
Dalam buku tersebut, ciri-ciri orang kaya ialah:
- mereka tahu apa yang mereka mahu dan mahu buat
- ada kemahuan yang membara untuk berjaya
- dan mereka sudah boleh lihat dan merasai realiti yang belum terjadi.
Dalam bahasa quantum, mereka sudah pun selari, mereka sudah berjaya sebelum berjaya. Mereka sudah ‘jadi’ sebelum perkara ‘terjadi’.
Fokus bina Tabungan & Aset
Jadi, bila kita masih terima gaji, fokus pada tabungan dan aset yang akan buatkan kita bertahan ketika kita sudah tidak lagi terima gaji.
Bila tabungan, aset, passive income kita sudah melebihi kos keperluan hidup, kita sudah tidak terikat lagi dengan kerja yang memerlukan kita mengorbankan masa.
Bukanlah bermaksud kita mesti berhenti kerja, tetapi kita bekerja bukan lagi kerana duit tetapi lebih kerana pilihan untuk bekerja, kerana minat dan ingin berbakti.
Di fasa ini, kita sudah tidak hidup dengan survival state tetapi hidup kita menjadi lebih tenang. Itulah peranan terbesar duit yang kita boleh nikmati, iaitu kebebasan.
Bila masih direzekikan kerja dan gaji,
Elakkan hutang, elakkan bermewah-mewah.
Fokus pada aset, fokus pada tabungan.
Supaya, apabila kita sudah tiada gaji, kita mampu bertahan selama mungkin.
Ainin
Terengganu
1 Zulkaedah 1447H
19 April 2026