Prestasi ASB 2025

Tahniah buat semua pencarum ASB! Termasuk Ainin sendiri,
Tahun ini, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit.
Sama dengan 2024 tetapi tidak serupa.
| Komponen | Tahun Kewangan 2025 | Tahun Kewangan 2024 |
|---|---|---|
| Kadar Asas Dividen | 5.25 sen seunit | 5.50 sen seunit |
| Bonus | 0.50 sen / 0.55 sen seunit | 0.25 sen seunit |
| Jumlah Keseluruhan | 5.75 sen seunit | 5.75 sen seunit |
Walaupun angkanya sama, tetapi kadar asas dividen sebenarnya menurun.
Pergerakan Harga Emas 12 Bulan Terakhir

Dalam tempoh 12 bulan yang sama, harga emas menunjukkan prestasi yang sangat ketara:
+65.15% dalam USD dan +49.69% dalam RM
Ini bukan angka kecil. Dan ini bukanlah kenaikan sehari dua.
Jika sebelum ini, kami selalu berkongsi bahawa purata kenaikan emas ialah 10% setahun tetapi tahun ini sahaja, kenaikan harga emas ialah hampir 50% dalam masa setahun sahaja!
Banyak faktor telah menjadikan harga emas meningkat dengan sangat drastik pada tahun ini. Antaranya ialah inflasi, percetakan wang, ketegangan geopolitik dan sebagainya.
RM 200,000 di ASB, TH, Emas dari 2023. Mana Lebih Untung?
Sekiranya kita letak dana yang sama di ASB, TH dan emas dan mengambil kira zakat yang perlu dibayar setiap tahun,
Mana lebih untung?
Perbandingan Simpanan RM200,000 (2023 → 2025)
- Modal awal: RM200,000
- Tempoh: 2 tahun
- ASB: 5.75% setahun
- TH: 4% setahun (zakat ditolak oleh TH)
- Emas: beli pada RM335/g → nilai 2025 RM567/g
- Zakat: 2.5% setiap tahun (ke atas baki hujung tahun)
ASB (5.75%, zakat tahunan)
- Tahun 1:
RM200,000 × 1.0575 = RM211,500
Zakat 2.5% = RM5,288
Baki: RM206,212 - Tahun 2:
RM206,212 × 1.0575 = RM218,077
Zakat 2.5% = RM5,452
Nilai akhir: RM212,625
Tabung Haji (4%, zakat tahunan)
- Tahun 1:
RM200,000 × 1.04 = RM208,000 (zakat ditolak TH) - Tahun 2:
RM208,000 × 1.04 = RM216,320
Nilai akhir TH: RM216,320
Emas (zakat tahunan)
- Nilai emas 2025 sebelum zakat: RM300,600
Zakat tahunan (anggaran):
- Tahun 1 zakat ≈ RM5,000
- Tahun 2 zakat ≈ RM7,500
Jumlah zakat ± RM12,500
Nilai akhir emas: RM288,100
Jadual Perbandingan Akhir setelah ditolak zakat
| Instrumen | Modal 2023 | Kadar / Harga | Nilai Akhir 2025 |
|---|---|---|---|
| ASB | RM200,000 | 5.75% | RM212,625 |
| Tabung Haji | RM200,000 | 4% | RM216,320 |
| Emas | RM200,000 | RM335/g → RM567/g | RM288,100 |
Walaupun zakat ditolak setiap tahun, nilai akhir yang disimpan dalam emas ialah RM 288K, diikuti oleh Tabung Haji iaitu RM 216,320 serta ASB iaitu RM 213K.
Jelas di sini, simpanan emas lebih menguntungkan.
Dalam masa yang sama, ramai tidak sedar mereka perlu laksanakan zakat pada simpanan duit.
RM 100,000 di ASB vs Emas pada Januari 2025. Mana Lebih Untung
Mari kita lihat pula perbandingan, jika kita simpan RM100,000 pada Januari 2025. Selepas setahun, mana yang lebih untung selepas kita ambil kira pulangan sebenar dan zakat 2.5%?
Simpan RM100,000 dalam ASB (Januari 2025)
Kita ambil dividen ASB 5.75% setahun. Nilai selepas dividen:
- RM100,000 × 1.0575
= RM105,750
Zakat 2.5% (dibayar hujung tahun):
- 2.5% × RM105,750
= RM2,643.75
Nilai bersih ASB selepas zakat:
±RM103,100
Keuntungan bersih setahun:
±RM3,100
Simpan RM100,000 dalam emas (2025)


Harga emas:
- Januari 2025: RM409/gram
- Disember 2025: RM619/gram
Jumlah emas dibeli:
- RM100,000 ÷ RM409
≈ 244.5 gram
Nilai emas pada Disember:
- 244.5g × RM619
≈ RM151,300
Zakat emas 2.5%:
- 2.5% × RM151,300
≈ RM3,780
Nilai bersih emas selepas zakat:
±RM147,500
Keuntungan bersih setahun:
±RM47,500
Perbandingan Ringkas (1 Tahun)
| Instrumen | Modal | Nilai Bersih Akhir | Keuntungan Bersih |
|---|---|---|---|
| ASB | RM100,000 | ±RM103,100 | ±RM3,100 |
| Emas | RM100,000 | ±RM147,500 | ±RM47,500 |
Beza nilai: hampir RM44,000 hanya dalam setahun.
Dalam masa setahun, sekali lagi, simpanan emas lebih menguntungkan.
Angka vs Nilai
Di sinilah kita perlu bezakan dua perkara yang sering disalah anggap sama,
Pertambahan angka dan kekalnya nilai
ASB membantu angka bertambah secara konsisten.
Emas pula berfungsi untuk memastikan nilai kekayaan tidak dimakan masa.
RM100,000 yang disimpan hari ini, walaupun bertambah menjadi RM105,000 atau RM110,000, tidak semestinya mampu membeli barangan yang sama pada masa hadapan.
Inilah yang dimaksudkan dengan susut kuasa beli.
Kita nampak angkanya bertambah, tetapi kita tertipu dengan nilai.
Perspektif Islam: Nilai Yang Kekal
Islam sejak awal lagi telah menekankan konsep nilai sebenar, bukan sekadar nombor.
Allah SWT berfirman:
“Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil.”
(Surah Al-An‘am: 152)
Ayat ini bukan sekadar berkaitan urusan jual beli, tetapi mencerminkan prinsip besar dalam muamalat: keadilan nilai.
Sejarah Islam sendiri menunjukkan bahawa emas dan perak dijadikan sandaran nilai kerana sifatnya yang adil, terhad, dan tidak boleh dicipta sesuka hati.
Sebab itu, 1 dinar pada zaman Rasulullah ﷺ mampu membeli seekor kambing dan hakikat ini masih relevan sehingga hari ini.
Barang berubah, harga berubah, tetapi nilai emas kekal.
Tunai Masih Penting, Cash is King
Jangan salah faham, walaupun saya dealer emas, saya tak suruh tukarkan semua ke dalam bentuk emas, walaupun emas lebih untung.
Simpanan tunai adalah keutamaan.
Apatah lagi simpanan dalam ASB yang mudah dicairkan, stabil dan sesuai untuk kita jadikan dana kecemasan.
Persoalannya ialah, perlukah kita semua duit dalam ASB?
Diversifikasi
Pendekatan yang lebih matang ialah, kita simpan dana jangka masa pendek di ASB atau TH, sebahagian besar simpanan khususnya simpanan jangka panjang, kita simpankan dalam bentuk emas.
Aset emas tiada risiko jatuh kosong, diterima di seluruh dunia dan tidak bergantung kepada sistem kewangan
Dalam situasi ekstrem sekalipun, emas masih bernilai.
ASB dan Emas: Kapak vs Tukul
Betul, kita sebenarnya tidak boleh bandingkan ASB dan emas secara terus begini. Ia ibarat kapak vs tukul, lauk vs nasi. Kita perlukan kedua-duanya. Mereka punyai fungsi yang berbeza!
ASB sesuai untuk tunai dan dana jangka masa pendek, manakala emas sesuai untuk perlindungan nilai dan dana jangka panjang.
Isu hanya timbul apabila kita menganggap satu sudah cukup untuk semua tujuan. Sedangkan realitinya, setiap instrumen ada peranan masing-masing.
GAP Autodebit
Melihatkan harga emas yang semakin meningkat, ramai juga penyimpan emas yang menyesal kerana tidak konsisten menabung emas.
Pesan guru Ainin,
seperti solat 5 waktu, perkara baik sepatutnya kita tidak perlu fikir. Kita tahu kita perlu laksanakannya. Sama juga dengan simpanan.
Jadi, untuk automatikkan simpanan emas, terus subscribe GAP Autodebit supaya kita sentiasa menabung setiap bulan.
Bagi yang berminat untuk memulakan simpanan dalam bentuk emas fizikal bersama Public Gold, tuan puan boleh daftar akaun percuma untuk saya bimbing dalam cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik.
Ainin
Terengganu
21 Disember 2025




