Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Public Gold Bina Kilang Penulenan Emas di Penang

Posted on August 19, 2024 by theaininsofia
kilang penulenan emas Public Gold
kilang penulenan emas Public Gold
kilang penulenan emas Public Gold

Berita baik untuk anda, Public Gold dan untuk Malaysia!

Syarikat Public Gold telah buat upacara pecah tanah untuk kilang penulenan emas bertaraf antarabangsa yang pertama di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 7 Mei 2024 lalu. PG akan membelanjakan RM30 juta untuk membina kilang penulenan emas ini yang akan siap dalam masa 18 bulan lagi.

Jadi sekarang saya nak bercerita sikit tentang fungsi gold refinery (kilang penulenan emas) dan kenapa ia penting untuk industri emas di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, fungsi gold refinery adalah untuk menulenkan emas bermutu rendah – 750, 835 dan 916 – menjadi emas berketulenan tinggi (iaitu emas 999) pada skala besar-besaran.

Sumber emas bermutu rendah biasanya datang daripada barang-barang kemas yang dijual kepada kedai emas/pembeli emas terpakai.

Walaupun secara umum, barang kemas di Malaysia adalah 916 @ 22k, namun ada barang kemas yang dijual kepada kedai emas/pembeli emas terpakai mempunyai kandungan emas yang lebih rendah contohnya 21k dan kebawah.

Kedai emas biasanya akan meleburkan emas-emas terpakai menjadi jongkong scrap gold dengan berbilang berat dan ketulenan.

Selain itu, emas bermutu rendah juga diperolehi daripada hasil lombong-lombong emas di mana emas-emas ini bercampur dengan logam lain seperti perak.

Emas bermutu rendah ini perlu dihantar ke gold refinery untuk ditulenkan menjadi emas berketulenan tinggi, biasanya 999.

Buat masa ini, Public Gold terpaksa menghantar sejumlah besar scrap gold (beratus-ratus kilogram) kepada gold refinery di luar negara untuk ditulenkan.

Public Gold terpaksa membayar kos penulenan emas kepada gold refinery luar negara dan juga menanggung kos membawa balik emas tersebut ke Malaysia. Jadi duit RM mengalir keluar negara.

Memandangkan volume jualan Public Gold B2C yang telah mencecah RM1.3 billion setahun dan nilai pembelian scrap gold yang mencecah puluhan juta ringgit (dijangka bakal mencecah ratusan juta ringgit setahun).

Justeru, Public Gold membuat keputusan tepat untuk membina gold refinery sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan mengelakkan duit RM mengalir keluar negara, malah akan membantu meningkatkan volume jualan emas fizikal Public Gold di masa hadapan.

Ia juga membuka peluang industri emas tempatan untuk menggunakan fasiliti kilang penulenan emas ini di masa hadapan. Mereka boleh menjimatkan masa dan juga wang berbanding menggunakan kilang penulenan emas di luar negara.

Dengan kapasiti penulenan emas sebanyak 10 tan setahun dan boleh dibesarkan sehingga 20 tan setahun, gold refinery ini bakal membuka peluang yang lebih besar untuk Malaysia.

Ini kerana gold refinery ini boleh memohon status sebagai LBMA accredited refinery di masa hadapan.

Jadi Malaysia bakal mempunyai LBMA accredited refinery seperti Singapura. Insha-Allah.

Dengan kata lain, kewujudan sebuah kilang penulenan emas di Malaysia dalam tempoh 18 bulan dari sekarang bakal memberi kelebihan besar kepada Public Gold, industri emas tempatan dan juga kepada Malaysia.

Jadi sekarang PG mempunyai 2 menara, 2 kilang emas dan lebih 20 cawangan di serata Malaysia dan Indonesia.

Tahniah kepada lebih 1.2 juta orang penyimpan yang memilih untuk menyimpan emas di PG, syarikat emas #1 Malaysia.

Perkongsian Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Kekukuhan Syarikat Public Gold

Public Gold bukanlah distributor tetapi kilang emas dan syarikat pengeluar emas. Jadi, bila kita terus dapatkan emas daripada pengeluar, kita punya kelebihan untuk dapatkan harga yang lebih murah kerana tidak perlu melalui kos ‘middlemen’.

Seiring dengan masa dan teknologi, Public Gold sentiasa berinovasi untuk memberi khidmat yang terbaik untuk penyimpan emasnya supaya kita dapat simpan atau jual emas dengan ‘peace of mind‘.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d