Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Elak beli Emas Gram Kecil. Ini 4 Kerugian Beli Emas Gram Terlalu Kecil

Posted on May 6, 2024May 14, 2024 by theaininsofia
Kerugian beli emas bergram terlalu kecil
[Open][Close]
  • Kerugian beli emas bergram terlalu kecil
    • #1 Nampak Murah, tapi sebenarnya Mahal!
    • #2 Lambat Untung
    • #3 Risiko Jualan Balik
    • Semak
    • Tujuan
  • Public Gold
    • Paling Kecil
    • Terima tak?
  • Murah tak semestinya Untung
    • Emas Murah Paling Selamat
    • Ilmu dan Bimbingan

Kebelakangan ini, sudah banyak item emas bergram kecil sudah dikeluarkan. Seolah-olah untuk memberitahu bahawa emas mampu milik. Kalau dulu Ainin tengok emas gram kecil 0.5gram, sekarang sudah ada emas bergram 0.25gram, 0.1gram, malah 0.01gram!

emas gram kecil 0.01g
emas gram kecil 0.01g yang dijual online

Kerugian beli emas bergram terlalu kecil

#1 Nampak Murah, tapi sebenarnya Mahal!

Walaupun sekali pandang, nampak harganya sangat murah. Hanya RM17 sahaja!

Sebaliknya, apabila kita kira-kira, ianya jauh lebih mahal.

Contohnya untuk 0.01gram, harganya RM17.

Jika 1gram, RM 17 x 100: RM 1,700! Jauh sangat mahal tuan puan!

Ini kerana harga 1gram Public Gold hari ini hanyalah sekitar RM 380/g.

#2 Spread Tinggi

Sudahlah harga mahal, harga belian balik (harga jual) pula murah. Inilah dinamakan spread iaitu beza harga beli dan harga jual.

Tips penting untuk tahu keuntungan kita dalam simpanan emas ialah, lihat pada % spread.

Semakin rendah spread, semakin untung.

Artikel berkaitan:

  • Semak 5 kriteria sebelum beli emas; spread

#3 Lambat Untung

Selain itu, ia mengambil masa yang sangat lama untuk untung.Paling berisiko, bukan untung yang daoat tetapi rugi, seperti kes emas bergram 0.01g di atas.

Contoh lain, misalnya sekarang emas 0.5gram harganya RM 250. Jadi, harga 1gramnya ialah RM 500.

Sedangkan, harga 1gram akaun emas GAP baru RM 380/g. Belian terus pula ialah RM 440.

Mula-mula kita rasa untung, rupanya rugi pula.

#3 Risiko Jualan Balik

Paling kita takut, emas bergram kecil seperti ini berisiko untuk tidak diterima ketika jualan balik.

Untuk emas diterima ketika jual balik, emas haruslah ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jika berat emas tidak dapat dikesan dengan mesin, emas sangat berisiko untuk diterima.

Untuk pengetahuan, emas 0.25gram pun susah untuk dikesan, inikan pula emas 0.01gram!

Semak

Langkah selamat,

Cuba tanya dahulu ejen atau penjual , adakah mereka terima sekiranya kita jual balik kepada mereka.

Tujuan

Bukan tidak boleh untuk kita beli item emas bergram terlalu kecil ini,

tetapi ianya lebih sesuai sebagai hadiah ataupun cenderahati, bukan sebagai simpanan atau pelaburan.

Untuk tujuan simpanan atau pelaburan, elakkan beli emas bergram terlalu kecil ini.

Takut-takut, bukan untung yang dapat tetapi rugi!

Public Gold

Paling Kecil

Di Public Gold, emas paling kecil ialah emas 0.25gram, diikuti dengan 0.5gram diikuti dan 1gram.

Emas Public Gold 0.25gram
Satu-satunya emas Public Gold 0.25gram

Jika mahu beli item emas kurang daripada 0.5gram, hati-hati.

Mengikut pengalaman Ainin, emas 0.5gram masih boleh dijual atau dipajak. Ini kerana emas 0.5gram dikesan di mesin densimeter. Lagipun, ianya jenama Public Gold. Mestilah Public Gold terima emas miliknya sendiri. Jadi Ainin yakin, pasti Public Gold terima jual balik emas 0.25gram keluaran Public Gold.

Bagaimana pula dengan emas bergram kecil jenama lain?

Terima tak?

Ainin sendiri pernah bertanya terus kepada staff Public Gold,

Staff Public Gold beritahu,

jika mesin densimeter dapat mengesan berat emas, mereka terima.

Maksudnya emas bergram kecil perlukan banyak keping emas. Bukannya satu keping kerana terlalu ringan.

jawapan staff Public Gold emas bergram kecil
jawapan staff Public Gold emas bergram kecil

Murah tak semestinya Untung

Jadi, jangan tertipu dengan harga yang murah, disangkanya lebih untung. Rupanya rugi!

Sebelum simpan emas, semak 5 kriteria emas.

Artikel berkaitan:

  • Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli

Bukan asal emas, kita terus beli!

Apabila rugi, kita salahkan emas pula. Sedangkan, kita beli dan simpan emas yang salah.

Itulah pentingnya ilmu tentang emas. Langkah awal, download ebook 5 minit emas tulisan mentor AInin yang bernilai RM199 untuk cepat faham mengenai emas di bawah.

Emas Murah Paling Selamat

Nak murah dan selamat? Ainin syorkan akaun emas GAP.

Ini kerana kita hanya perlukan RM100 untuk mula simpan emas, tak ada komitmen bulanan.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Ilmu dan Bimbingan

Itulah istimewanya penyimpan emas di bawah bimbingan Ainin dan team G100. Itulah bezanya beli emas dengan Public Gold berbanding di kedai emas yang hanya bersifat touch n go.

Paling penting juga, pilih dealer yang aktif yang boleh membimbing kita sepanjang perjalanan kita menyimpan emas. Walaupun simpanan atau pelaburan ini nampak simple tetapi kenapa ramai yang rugi?

Ready RM100, boleh terus sign up akaun Public Gold dan hubungi Ainin untuk bimbingan.

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: SIMPAN EMAS, Tips Emas Terbaik

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d