Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Emas dan Impian; Emas sebagai Mas Kahwin, Hantaran dan Dana Kahwin

Posted on January 12, 2023February 2, 2023 by theaininsofia

Buat apa beli emas? kalau nak beli barang pun guna duit.

Emas banyak gunanya tuan puan.

Emas membantu kita capai banyak impian. Salah satunya dalam urusan nikah kahwin.

Emas sebagai Hantaran dan Dana Kahwin
  • #1 Emas Sebagai Mas Kahwin atau Hantaran
    • 3 Sebab Perlu Beri Emas Sebagai MasKahwin
  • #2 Emas sebagai Tabung dan Dana Kahwin
    • Kurang 2 Tahun
    • Lebih 2 Tahun
    • Tips Kumpul Emas bersama Pasangan untuk Tabung Kahwin
  • Emas dan Nikah Kahwin

Emas sangat sinonim dengan nikah kahwin. Emas boleh jadi sebagai

  1. maskahwin atau
  2. emas boleh juga jadi tabung kahwin

#1 Emas Sebagai Mas Kahwin atau Hantaran

Kalau nak jadikan emas sebagai maskahwin atau hantaran, boleh terus dapatkan emas dengan syarat telah mendapat persetujuan dari pihak lelaki dan pihak perempuan.

Kalau dulu, sangat asing untuk kita tengok emas sebagai maskahwin atau hantaran tetapi sekarang sudah ramai yang jadikan emas sebagai maskahwin atau hantaran.

Dan juga, dulu ramai yang memilih barang kemas sebagai maskahwin tetapi sekarang sudah ramai yang sedar bahawa emas goldbar (jongkong) dan dinar lebih baik.

Artikel berkaitan:

  • 6 Kerugian Beli Barang Kemas (dari Sudut Pelaburan/Simpanan)
Emas sebagai maskahwin atau hantaran
Emas sebagai maskahwin atau hantaran
10 dinar sebagai maskahwin
sebab perlu beri emas sebagai maskahwin atau hantaran

Emas bukan sahaja kelihatan lebih mahal, tapi banyak kelebihannya bila digunakan sebagai hantaran. Antaranya ialah

3 Sebab Perlu Beri Emas Sebagai MasKahwin

  1. Backup kecemasan isteri- jika suami meninggal, isteri masih ada harta untuk teruskan kehidupan.
  2. Sentimental value- jika hantarannya ialah duit, kita cenderung untuk guna, cover perbelanjaan nikah kahwin tetapi kalau emas, kita lebih sayang nak guna berbanding duit.
  3. Emas bernilai sepanjang zaman- kita boleh simpan sampai akhir hayat!
  4. Emas naik harga dalam jangka masa panjang.

Alhamdullilah, Ainin juga menerima emas sebagai maskahwin pada tahun 2015. Dahulu harga 1 dinar lebih kurang RM 600-700. Sekarang sudah mencecah ribuan ringgit! Sudah untung dari sudut harga juga!

Memang banyak kelebihan menghadiahkan emas sebagai hantaran berbanding wang kertas.

Adik Ainin juga menghadiahkan isterinya emas 9 dinar 999 ketika perkahwinan mereka pada Disember 2021.

9 dinar sebagai maskahwin hantaran
9 dinar sebagai maskahwin

Antara artis yang menggunakan emas sebagai hantaran ialah M Nasir, Irma Hasmie, Najwa Latif dan Reen Rahim.

Kredit foto: Azizul Azli
Irma Hasmie dinar emas
Irma Hasmie terima dinar emas

#2 Emas sebagai Tabung dan Dana Kahwin

Kurang 2 Tahun

Ada satu hari, ada bakal pengantin contact Ainin untuk simpan emas. Masa tu, Ainin tak tahu yang dia nak gunakan emas sebagai topup untuk tabung kahwin dia. Jadi, dua tiga kali dia survey.

Rupanya, dia nak gunakan untung kenaikan emas untuk tabung kahwin dia. Tak salah.

Tetapi yang tak kena ialah dia contact Ainin bulan Januari, majlis bulan Oktober. Memang tidak berbaloi nak simpan emas untuk tabung kahwin sebab emas ialah simpanan jangka masa panjang.

Dalam jangka masa pendek, emas ada naik dan turunnya.

Jadi, tak sesuai untuk jadikan emas sebagai tabung kahwin jika kurang dari 2 atau 3 tahun

Jika majlis kahwin akan berlangsung kurang dari 2 tahun atau dalam masa terdekat,

tak perlu beli emas. Simpan sahaja dalam wang kertas samaa di ASB atau Tabung Haji.

Lebih 2 Tahun

Tapi,

buat yang masih bujang, calon dan tarikh kahwin pun masih tak tahu lagi atau plan nak mendirikan rumah tangga dalam masa 2 tahun ke atas,

lebih baik simpan tabung kahwin dalam bentuk emas. Bukan sahaja sebab harga emas naik dalam jangka masa panjang,

tetapi kalau simpan dalam bentuk duit pun, saya rasa susah nak bertambah sebab asyik bocor!

Lagipun, dalam masa beberapa tahun pun, nilai duit ringgit kita juga jatuh disebabkan inflasi.

Tips Kumpul Emas bersama Pasangan untuk Tabung Kahwin

Pihak lelaki simpan 1 gram, pihak perempuan pula simpan 1 gram. Simpan setiap bulan selama 3 tahun. Akhirnya jumlah terkumpul adalah bersamaan dengan 72 GRAM.

Fuh banyak tu! Kalau hari ini, nilainya bersamaan dengan RM 21K (11 Januari 2022: RM 285/gram)
Seterusnya bolehlah kahwin!

Emas dan Nikah Kahwin

Oleh itu, lebih untung untuk kita pilih emas sebagai hantaran/maskahwin atau kita jadikan dana kahwin.

Berbincang dengan pasangan dan terus pilih emas!

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d