Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Belanja Barang Dapur dan Jana Income dari PGMall

Posted on March 30, 2021April 5, 2021 by theaininsofia

Beras online!

Harini terima beras basmathi Kashmir dan sabun pakaian Biozip Powder Detergent dari Mydin PGMall. Tak pernah terfikir akan beli beras online but here i go. Barang sampai dengan selamat, penuh dengan bubblewrap dan dihantar dengan kotak.

Site icon
Belanja Barang Dapur dan Jana Income dari PGMall

Beras Kashmir dan Sabun Pakaian selamat diterima dari Mydin PGMall.

Ini pula mesej gembira mak Ainin terima kurma medjoul Palestin 1kg dan kurma Safawi yang Ainin poskan ke kampung. Besar dan murah! Bayangkan sebelum ni Ainin beli 500gram di Shopee berharga RM 38. Kalini Ainin beli di PGMall, dapat 1kg dengan harga yang sama!

Whatsapp Mak Ainin terima kurma

Mak peminat kurma Medjoul Palestin, mesti beliau sangat tahu nilai kurma ni. Peminat peminat kurma Medjoul pun pasti tahu kan nilai harga kurma ni. Berbaloi baloi beli di sini. Murah dan cepat sampai!

1kg di Shopee RM 72. 1kg di PGMall RM 39

Ainin selalu war-warkan pasal simpanan dan emas. Kenapa kali ni macam nak memujuk pergi shopping pula?

Sebab,

Shopping Satu Kewajiban!

Ya, kita tak boleh lari daripada shopping. Shopping ialah satu kewajiban. Tapi kita kenalah shopping dengan bijak.

Bila terima gaji, kita akan ada agihan untuk simpan dan belanja. Berbelanja pula untuk keperluan yang kita kena beli untuk kehidupan. Shopping! Sebagai isteri, shopping ni tanggungjawab kita setiap bulan. Kalau kita nak elakkan berbelanja kerana nak menyimpan, kita masih kena shopping barang barang keperluan rumah; makanan dan barang barang harian.

Prinsip Kewangan

Dalam menjaga cashflow peribadi, kita bukan jangan dan kena elakkan berbelanja. Itu tahap ekstrim! Sebaliknya, bila berbelanja, kita kena sentiasa memilih

  • aset berbanding liabiliti,
  • keperluan berbanding kehendak.

Bukan tidak berbelanja langsung. Memilih aset berbanding liabiliti akan menambah kekayaan kita kerana aset mendatangkan wang kepada kita manakala liabiliti mengambil wang daripada kita.

Dalam membeli barang keperluan dan kehendak pula, kita utamakan barang keperluan. Kita tidak boleh mengelak daripada berbelanja barang keperluan.

Kenapa PG Mall?

Belanja dan Kongsi

Bila berbelanja barang keperluan pula, kita kena berbelanja bijak. Yang kita selalu buat ialah pilih kedai yang paling murah dan item yang paling murah. Dalam masa yang sama, kualiti pun terjaga.

Haa, sebab itulah kita kena berbelanja di PG Mall. Ainin bukan nak mempromosikan minta habiskan duit berbelanja atau nak menggalakkan perbelanjaan yang tidak perlu selepas berhempas pulas cerita pasal emas dan kewangan. Sebaliknya, kita kekalkan perbelanjaan keperluan seperti biasa tetapi hanya bertukar platform.

Kenapa kena bertukar platform?

Kan senang beli beras tepi rumah je?

Betul. Senang memang senang.

Tapi tak untung.

PGMall dan 2 Bucu Income

PGMall bagi kita insentif pada setiap belian barang kita dan juga insentif lagi jika kita kongsikan barang tersebut kepada orang lain. Macam bisnes affliate. Seolah-olah kita jadi agen affliate kepada seluruh barang di PGMall. You name it. Beras, tepung. Ya, semua.

Mungkin kita tak mahu berbisnes pun, nak promosikan semua ni. Tapi bayangkan ada certain barang yang selalu kawan kawan kita tanya, kita beli di mana dan kita terus kongsikan link pada mereka. Di platform e-commerce lain, jika mereka membeli, kita tidak apa-apa. Tapi di PGMall, kita dapat ganjaran insentif sekiranya mereka membeli melalui link kita. Macam app Shopback juga.

Sambil menyelam sambil minum air. Lagipun, sekarang memang zaman media sosial. Kita hanya bagi review, dan kita tidak perlu ajar mereka shopping. Sebab semua orang pandai shopping.

Yelah, kita, isteri ni, atau perempuan, atau sesiapa sahajalah, memang takkan terlepas untuk beli barang barang keperluan setiap bulan. Contohnya

  • barang barang makanan keperluan (beras, tepung, susu, mihun, gula, garam, sardin, bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis)
  • Barang keperluan bukan makanan contohnya plastik sampah, sabun pinggan, sabun baju
  • makanan kehendak seperti kudapan seperti kerepek ubi, biskut, spagheti, sos spagheti, sos cili, kicap, sos tomato, sos tiram
  • barang barang selain makanan contohnya berus gigi, ubat gigi dan seterusnya.
  • pakaian seperti kain sembahyang
  • barang barang rumah seperti rak

Sebagai seorang ibu kepada bayi kecil pula, contoh barang barang keperluan yang perlu kita beli secara berkala pula

  • pampers
  • tisu basah
  • pakaian
  • makanan; susu, biskut
  • mainan bayi
  • dan lain-lain

Buy and Earn!

Jadi kita memang kena membeli. Alang- alang membeli, biarlah kita dapat duit. Nanti, kita dapat berbelanja dengan duit free sahaja! Ini pengalaman ainin sendiri.

Bukan sahaja menjimatkan masa, tanka perlu ke pasaraya tetapi juga wang dengan adanya free shipping dan vouchers.

Ainin belum cerita free coins melalui ‘Shake the World’ dan ‘Open the Box’.

Jadi ainin paksa untuk beli di PGMall berdasarkan kelebihan ini. Ini adalah pengalaman keenam atau ketujuh membeli dari PGMall manakala pengalaman pertama ainin beli barang dapur. Sebelum ini, dah beli pampers, goldbar

Barang Keperluan yang Ainin Beli dari PGMall.

Takeaway Notes

Berdasarkan pengalaman pertama membeli barang dapur di PGMall:

  • Alhamdullilah, beras dan sabun pakaian sampai dalam masa sehari selepas tarikh order dibuat. Agak cuak sebab Ainin order beras ketika beras dah nak habis. Baru je whatsapp suami untuk beli di kedai berhampiran untuk standby tetapi bila check delivery, alhamdullillah barang yang di-order dah out of delivery. Lesson learnt, kena plan siap siap few weeks before, bukan sampai beras habis baru nak order.
  • Mydin, Pasaraya CS dan Big Saver adalah antara pasaraya utama di PGMall untuk barang dapur.
  • Pilih pasaraya, lepastu pilih barang. Beli banyak barang dari kedai yang sama akan menjimatkan kos pos.
  • Usahakan beli barang-barang keperluan dapur (kering) di PGMall.
  • Bawang pun boleh beli di PGMall tau. Bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis.
  • Alhamdullilah, beli barang di PGMall memang berbaloi kerana dapat insentif. Lagipun, barang keperluan dapur setiap bulan memang banyak dan memang akan beli seperti beras, biskut, pampers anak dan sebagainya. Dahlah ainin adalah Premium Shopper. Berbaloi baloi kerana dapat 1.5% insentif. Insentif atau cashback ini boleh guna semula bulan hadapan. Kalau kedai biasa, siapa nak bagi?
  • Guna Tools Like untuk barang keperluan dapur untuk kita save barang-barang ini dalam My Wishlist. Next purchase, senang dah tak perlu cari semula.
Antara barang keperluan dapur di Pasaraya Big Saver dan Kempen yang sedang berlangsung.
Antara contoh buku- buku kewangan di PGMall. Sekarang ada diskaun! Tekan gambar untuk ke PGMall.

Jadi macammana nak shopping dan jana income ni?

Pertama, daftar di sini dan awak layak dapat bimbingan Ainin, dan terus shopping dengan bijak! Boleh install apps PGMall juga tau!

Kedua, mula berbelanja barang keperluan.

Insentif akan masuk ke dalam C-Wallet pada bulan hadapan around tarikh 26hb. Tak pernah miss. Jadi, guna duit itu semula untuk berbelanja pada bulan hadapan pula.

Nak jana income dengan berkongsi review? Kongsi sahaja review dengan link referral. Ainin akan kongsikan lagi.

Terus whatsapp Ainin jika memerlukan bantuan.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: PG MALL, SHOPPING

3 thoughts on “Belanja Barang Dapur dan Jana Income dari PGMall”

  1. Pingback: Beli Hadiah Suami secara Percuma dengan C-Wallet PGMall - The Ainin Sofia
  2. Pingback: 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold - The Ainin Sofia
  3. Pingback: Bagaimana nak Berjimat Cermat dan Kurangkan Belanja Dapur? - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d