Dulu Ainin berjaya simpan 100gram emas ketika masih bergelar pelajar hanya kerana Ainin mendengar pesanan mak.
“Dapat biasiswa, simpan separuh. Nak guna untuk perbelanjaan, hanya guna lagi separuh”.
Tanpa Ainin tahu, inilah sebenarnya pesanan ramai pakar kewangan.
“Simpan dulu, baru belanja”.
Bila Belanja Dulu
Tak sedikit orang yang tergolong dalam golongan “belanja dulu”. Logiknya mudah, bayar bil, beli barang dapur, isi minyak, belanja makan luar sikit, top up eWallet. Hujung bulan, kalau ada baki, baru fikir nak simpan.
Tapi, baki tu jarang wujud.
Dan kalau ada pun, jumlahnya kecil sangat sampai rasa tak berbaloi nak simpan.
Sistem “belanja dulu, simpan kemudian” sebenarnya perangkap.
Kenapa?
Duit Cepat Cair – Bila ada duit dalam akaun bank, godaan belanja sangat kuat.
Lifestyle Inflation – Bila gaji naik, perbelanjaan pun naik. Kita rasa selesa, tapi simpanan tetap sama.
Tiada ‘Prioriti’ Simpanan – Simpanan jadi sisa duit, bukan agenda utama.
Akhirnya, tahun berganti tahun, gaji naik tapi simpanan kita tetap tak berkembang.
Inilah yang buat ramai orang terperangkap dalam rat race. Kerja keras, tapi sentiasa rasa tak cukup.
Titik Perubahan: Asingkan Simpanan Awal
Bukan sebab tak mampu simpan, tapi sebab cara urus duit salah.
Ramai orang berjaya ada simpanan bila dia ubah tindakan bila terima gaji.
Setiap kali gaji masuk, terus asingkan 10% atau 20%
Ainin sendiri, Ainin terus tukarkan kepada emas.
Kenapa emas?
Sebab godaan apabila simpan dalam bentuk tunai, terlalu kuat! Duit akan bocor juga. Tapi bila dah tukar jadi emas, kita jadi sayang nak jual.
Bila simpan emas,
- Duit tak bocor ke belanja kecil yang tak perlu
- Simpanan mula terkumpul walaupun perlahan
- Kita lebih tenang sebab tahu ada simpanan yang mudah cair
Sebelum ni rasa tak mampu menyimpan, tapi bila simpan emas, rupanya boleh!
Kenapa Simpan Emas Lebih Berkesan Dari Simpan Duit
Emas Disiplinkan Kita
Simpan emas bukan soal kaya atau miskin. Ia soal disiplin.
Bila kita tukar duit jadi emas, kita automatik jadi lebih berhati-hati.
Kita mula bezakan antara keperluan dan kehendak.
Kita mula faham konsep ‘delayed gratification‘. Tangguhkan dulu kehendak sementara sebab kita tahu kalau kita tahan diri sikit hari ini, kita boleh simpan lebih banyak gram untuk masa depan.
Emas Kalis Inflasi
Nilai emas kekal dalam jangka masa panjang.
berbeza dengan duit, RM1,000 hari ini tak sama nilainya 10 tahun akan datang.
Tapi 10 gram emas hari ini, tetap 10 gram emas 10 tahun lagi. 10gram akan datang mampu beli barang yang mampu dibeli dengan 10gram hari ini. Harganya juga lebih tinggi.
Emas Sukar Bocor
Bila simpan dalam bentuk emas, kita tak mudah tergoda nak belanja. Sebab nak cairkan emas perlukan sedikit masa dan usaha. Perlu keluar rumah dan jual. Dalam masa itu, kita masih ada masa bertenang untuk berfikir tentang kehendak kita tersebut.
Emas Aset Nyata & Boleh Diwarisi
Emas boleh dipegang, boleh diwariskan kepada anak-anak. Ia bukan sekadar angka dalam akaun.
Langkah Praktikal Untuk Mula
Nak mula simpan emas tak perlu tunggu kaya. Boleh mula ikut langkah ni:
- Tetapkan 10%-20% daripada gaji. Walaupun hanya RM100 sebulan, jadikan ia automatik.
- Daftar akaun emas GAP Public Gold, boleh beli emas serendah RM100.
- Fokus pertambahan gram, target keluarkan 1 dinar atau 5 gram. Paling baik, subscribe GAP Autodebit
- Simpan emas untuk jangka masa panjang, hanya jual emas ketika 3 waktu sahaja.
Mentaliti Gram vs Mentaliti Harga
Ramai orang terlalu fokus pada harga emas iaitu tunggu harga jatuh baru nak beli. Tapi, kita tak tahu bila harga akan turun.
Kalau kita asyik tunggu, kita mungkin hilang peluang kumpul gram selama berbulan-bulan.
Lebih baik fokus pada berapa banyak gram kita berjaya simpan setiap bulan.
Lama-lama, bila harga naik, nilai simpanan kita pun naik sama.
Kesimpulan: Tukar Duit Jadi Aset
Kita selalu dengar nasihat “simpan duit untuk masa depan”.
Tapi sebenarnya, duit bukan penyimpan nilai yang baik.
Cara paling bijak ialah tukar duit jadi aset dan emas adalah salah satu aset paling mudah untuk semua orang.
Jika tidak mampu menabung RM 500-RM1000 setiap bulan, menabung RM 100-RM200 sebulan pun memadai.
Kalau hari ini gaji masuk tetapi kita tak asingkan untuk simpanan, besar kemungkinan hujung bulan duit itu akan habis begitu sahaja.
Ubah cara kita hari ini, dan kita akan terkejut bagaimana hidup kita boleh berubah 5 atau 10 tahun akan datang.

