Perkongsian daripada Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim:
Saya mendapat soalan tentang harga emas di laman web goldrate.com
Kenapa murah sangat? Apasal jauh beza dengan harga Public Gold?
Jawapan: Website seperti goldrate.com dan goldprice.org menunjukkan harga emas yang didagangkan dalam bentuk kontrak atau kontrak pasaran hadapan.
Harga yang terpampang adalah harga kontrak pada masa sekarang (dipanggil spot gold)
Contoh kontrak pasaran hadapan adalah Comex Gold Futures dimana 1 kontrak bersamaan 100 Oz emas (3.11 kilogram emas). Baca kat sini https://www.cmegroup.com/trading/why-futures/welcome-to-comex-gold-futures.html
Harga emas dalam bentuk kontrak adalah murah kerana tidak ada fizikal. Ia cuma atas jual beli kontrak atas talian sahaja.
Dalam perdagangan kontrak pasaran hadapan emas, kurang daripada 5% daripada jual beli kontrak akan bertukar kepada penghantaran emas fizikal.
Kemudian pembeli yang nak ambil emas fizikal terpaksa menanggung kos-kos penghantaran kontrak seperti kos simpanan, insurans dan pengangkutan.
Ini dipanggil premium.
Sebab itu, produk akhir seperti jongkong emas yang telah ditempa mempunyai harga yang berbeza daripada harga emas kontrak.
Antara kos yang ditanggung untuk menghasilkan produk akhir (contohnya gold bar) adalah seperti berikut:
1. Kos exchange rate (kadar tukaran matawang)
2. Kos perbankan (banking charges)
3. Kos pengangkutan
4. Kos insurans
5. Kos menempa emas
6. Kos gold loss (emas yang hilang dalam proses menempa)
7. Overhead syarikat.
Banyak kos yang terlibat kan?
Sebab itu mustahil untuk anda membeli emas fizikal pada harga spot gold.
Jadi untuk memaksimakan keuntungan bila nak beli emas, anda cari lah penjual yang menjual emas fizikal dengan harga yang hampir dengan spot gold.
Semoga penulisan ini membantu.