Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2025

Posted on February 4, 2021April 29, 2025 by theaininsofia
Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold?
download ebook 5 minit emas

Ingat lagi dulu, masa Ainin nak bermula simpan emas 999 dengan Public Gold, Ainin bermula dengan simpanan 1 dinar. Sebab harga item 1 dinarlah yang paling murah, sekitar RM 700 lebih.

Ya, betul tu.

1 dinar, bukan 1 gram.

1gram goldbar pun belum ada (yang berharga RM 590 sekarang), pilihan simpanan melalui GAP yang boleh bermula dengan RM100 pun belum ada. Pilihan bayaran mudah 4x dan 10x pun belum ada. Memang Ainin tiada pilihan.

Simpanan GAP hanya wujud sekitar tahun 2015. Public Gold lah syarikat emas pertama yang mengasaskan akaun pengumpulan emas fizikal di Malaysia. Ia adalah renovasi kepada program pengumpulan emas fizikal dari Jepun.

WhatsApp Ainin
Mula Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP Public Gold
[Open][Close]
  • Apa itu Akaun Emas GAP
    • Hanya Salah Satu Kaedah Miliki Emas Serendah RM 100 di Public Gold
    • Dari Duit kepada Gram Emas
    • Menabung Emas sikit sikit dan keluarkan Emas Fizikal
  • Siapa yang bermanfaat dengan Akaun GAP?
  • Dua jenis Akaun GAP
    • 1. Akaun GAP (Biasa)
    • 2. Akaun GAP Junior
  • Syarat dan Kelebihan GAP
  • Kemudahan GAP
    • 5 Perkara Anda Tak Tahu tentang GAP
  • Soalan Biasa tentang Akaun Emas GAP
  • Langkah Mudah Mula Simpan Emas dengan Public Gold
    • Step 1: Daftar Percuma
      • DAFTAR SEKARANG
    • Step 2: Pengesahan Akaun Public Gold
    • Step 3: Download Mobile App
    • Step 4: Pembelian Pertama
    • Video Tutorial
  • Kelebihan Menyimpan Emas Bersama Ainin
    • Percuma
    • Rugi Tanpa Introducer
    • Risiko Introducer Tidak Aktif
    • Circle Penyimpan Emas
    • Peluang Grow bersama G100
  • Kesimpulan

Apa itu Akaun Emas GAP

Hanya Salah Satu Kaedah Miliki Emas Serendah RM 100 di Public Gold

GAP adalah salah satu cara nak beli emas di Public Gold.

Ada 4 cara semuanya untuk miliki emas di Public Gold.

Kalau kita rasa tak selesa dengan kaedah GAP, boleh pilih lagi 3 cara.

Rujuk artikel ini.

cara beli emas public gold
3 cara pembelian emas Public Gold. Lagi satu cara belian ialah di PGMALL, klik sini

Dari Duit kepada Gram Emas

apa itu akaun emas GAP

Kejap. GAP sebenarnya apa?

GAP atau sebenarnya ialah initial kepada Gold Accumulation Program, sebenarnya adalah salah satu kaedah kita beli emas dengan beli Public Gold. Sebelum ini, hanya bank sahaja yang ada akaun emas fizikal sebegini iaitu Bank Kuwait. Tapi, nak bermula buka akaun emas Bank Kuwait lebih mahal dan perlukan modal yang lebih besar. Bank lain ada? Jangan tersilap dengan Akaun pelaburan emas. Itu paper gold.

Menabung Emas Sikit sikit dan keluarkan Emas Fizikal

Analoginya, kalau nak senang faham, macam kita simpan duit di bank juga. Kita simpan sikit sikit. Contohnya kita simpan RM10, RM 10, RM 10 sehinggalah cukup RM100. Kita ada pilihan nak keluarkan RM100 tersebut keluar atau menabung lagi sehingga RM 1000.

Begitu juga dengan akaun emas GAP.

Cuma dengan akaun emas GAP, kita simpan emas, bukan duit. Kita menabung gram emas sikit sikit.

Malah, kita juga boleh keluarkan emas fizikal, bukan paper gold seperti di bank. Paper gold itu hanyalah simpanan di atas kertas, bukan emas fizikal. Kalau harga emas jatuh, kita tiada gram emas di tangan. Sebaliknya emas fizikal, kalau emas jatuh, kita ada fizikal di tangan.

Bila cukup gram, kita boleh keluarkan emas fizikal di branch atau terus pos ke rumah kita.

Contohnya,

bila ada 1gram, kita boleh keluarkan 1gram. Bila kita ada 5gram, kita boleh keluarkan 5gram. Tapi, sebaiknya, kita kumpul sehingga dapat keluarkan emas yang bersusut nilai rendah.

Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.

Simpanan emas GAP sesuai bagi anda yang ada bajet sekitar RM100 – RM2000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan.

Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.

Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.

keluarkan emas public gold
GAP boleh tukar kepada emas, duit cash atau barang kemas!

Siapa yang bermanfaat dengan Akaun GAP?

akaun emas GAP untuk semua
GAP selesaikan banyak masalah

Akaun GAP menjadi pilihan kepada banyak golongan. Iaitu:

  1. Bakal penyimpan yang mempunyai bajet kecil
  2. Penyimpan yang takut simpan sendiri
  3. Penyimpan yang ingin miliki aset dengan bajet yang kecil
  4. Penyimpan yang tinggal di luar negara ataupun yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold
  5. Bakal penyimpan yang nak belajar buat simpanan paksa.
  6. Ibubapa yang nak sediakan dana pendidikan anak. ( Ada akaun GAP junior!)
  7. Penyimpan yang mahukan simpanan persaraan
  8. Penyimpan yang mahu kumpulkan hantaran perkahwinan (simpanan boleh ditukar kepada dinar atau goldbar)

Dua jenis Akaun GAP

1. Akaun GAP (Biasa)

Akaun emas ini adalah untuk 18 tahun ke atas. Daftar percuma di sini

2. Akaun GAP Junior

Akaun emas ini adalah untuk bayi seawal 7 hari dan bawah 18 tahun.

Syarat dan Kelebihan GAP

kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP

Kemudahan GAP

  1. Boleh beli emas online 24/7
  2. Boleh jual emas online 24/7
  3. Boleh pajak emas online 24/7
  4. Pengeluaran emas fizikal di mana mana cawangan Public Gold bila bila masa sahaja.
  5. Semakan akaun online (belian, jualan, transfer)
  6. Penyata akaun (history) selama 3 bulan. (Recent 3 months)
contoh transaksi akaun emas gap Public Gold
contoh transaksi akaun emas gap Public Gold

5 Perkara Anda Tak Tahu tentang GAP

  • Perkara pertama ialah tuan puan perlu daftar untuk buka akaun dahulu. Jangan risau, langkah ini hanyalah percuma dan tiada komitmen.
  • Selepas anda mendaftar akaun Public Gold , anda akan menerima temporary username dan password untuk login akaun GAP samada melalui website atau aplikasi public gold.
  • Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100. Selepas itu terpulang kepada anda untuk membeli emas berapa pun asalkan RM100 keatas pada bila-bila masa.
  • Selepas belian pertama, tuan puan akan dapat pgcode sebagai username. Perlu gunakan pgcode ini sebagai username untuk belian seterusnya.
  • Tiada had simpanan, tiada upah simpan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.
  • Anda boleh keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) melalui akaun GAP apabila baki terkumpul telah mencukupi.
  • Anda boleh jual atau pajak emas di dalam akaun secara online tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut.
  • Kita boleh buat GAP autodebit bank untuk simpanan automatik ke akaun GAP setiap bulan. Autodebit RM 200, berpeluang menang lucky draw emas yang dijalankan setiap bulan.
  • Walaubagaimanapun, Akaun GAP tidak ada komitmen, tidak wajib simpan setiap bulan.
  • Harga emas GAP dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam . Sebagai contoh, harga emas pada 17 Jun 2023 adalah RM312/gram.
  • Jadi, jika anda membeli emas RM312 pada hari berkenaan, maka anda akan terima 1 gram emas.
  • Jika anda beli RM100 , anda akan terima 0.3205 gram.

Soalan Biasa tentang Akaun Emas GAP

Artikel berkaitan:

  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Public Gold
Site icon
Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2025
  1. Apa itu GAP?
    Gold saving account. Masuk kertas keluar emas.
  2. Simpan banyak mana?
    Ikut suka. Paling sikit 100. Nak simpan lebih lagi orait.
  3. Dapat emas apa nanti?
    Emas jongkong. Dinar pun ada. Tulen dia 999.9
  4. Boleh ambik bila?
    Bila bila stok dah ready. Asal baki ada 1gram.
  5. Ambik di mana?
    Mana mana. Dari utara sampai selatan. Dari Singapura hingga Jakarta. 20 branch semuanya.
  6. Takmau ambik boleh ke?
    Boleh. Peram je macam pekasam. Free no charge. Nak ambik jer, roger branch.
  7. Nak jual balik macam mana?
    Bawak pi branch. Jual dan tunggu duit masuk bank. Nak jual online pun no hal kalau emas masih dalam akaun.
  8. Jual ada tolak apa apa ke?
    Ada. Susut nilai 9% paling tinggi. Lagi berat lagi rendah.
  9. Susah ke nak gadai?
    Dak aih. Usung pi ar rahnu diterima belaka. Cuma lain ar rahnu lain la harga dan lain cara.
  10. Tak simpan tiap tiap bulan takpe ke?
    Takpa. Bukan leh paksa. Sendiri punya akaun sendiri la jaga. Nak bagi penuh atau nak bagi kosong, terpulang.
  11. Tak jadi apa ke simpan dalam akaun?
    Insuran ada. 15juta dan makin meningkat. Kalau rasa tak boleh tidoq malam, ambik jer simpan bawah bantal
GAP dilindungi insuran LONPAC
GAP dilindungi insuran LONPAC

Bacaan lanjut:

Ebook PERCUMA tentang Panduan Lengkap Akaun Emas GAP. KLIK DI SINI

WhatsApp Ainin

Berminat mahu mulakan simpanan emas GAP? Ikuti langkah ini:

Langkah Mudah Mula Simpan Emas dengan Public Gold

Step 1: Daftar Percuma

DAFTAR SEKARANG

  • Pendaftaran untuk 18 tahun ke atas

Beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian adalah :

  • Isikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
  • Jika daftarkan akaun untuk diri sendiri dan anak-anak, gunakan email berbeza
    (buat email baru jika anak tiada email).

Untuk pendaftaran, sila klik butang “Daftar Akaun Public Gold” di bawah.

Pilih butang sama ada ingin mendaftar akaun yang berumur 18 tahun dan ke atas atau akaun yang berumur 18 tahun kebawah.

Kemudian, isi borang yang disediakan dengan lengkap dan klik butang “SUBMIT”

Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima ‘akaun sementara’ yang belum diaktifkan.

  • Pendaftaran untuk 18 tahun ke atas

Step 2: Pengesahan Akaun Public Gold

Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima mesej melalui SMS dan Email anda.

Klik link pada SMS dari Public Gold ATAU klik ‘VERIFY MY ACCOUNT’ pada email yang anda terima (salah satu).

Step 3: Download Mobile App

Download aplikasi ‘PUBLIC GOLD’ ke telefon anda.

app Public Gold
App Public Gold

Login menggunakan:

Username : Nombor kad pengenalan
Password : Nombor kad pengenalan

Lepas belian pertama, anda akan menerima PG Code sebagai username baru dan boleh tukar password baru.

  • Download App (Android)
  • Download App (IOS)

Step 4: Pembelian Pertama

Pembelian emas melalui akaun GAP boleh dilakukan melalui bayaran online (FPX)

Jumlah pembelian emas adalah 100% terpulang pada anda tetapi mestilah sekurang-kurangnya RM100 atau lebih.

Bayaran anda akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.

Rujuk langkah-langkah dibawah untuk buat belian melalui bayaran online atau tonton video dibawah.

langkah mula simpan emas akaun emas GAP Public Gold 1
langkah mula simpan emas akaun emas GAP Public Gold 2
langkah mula simpan emas akaun emas GAP Public Gold 3
langkah mula simpan emas akaun emas GAP Public Gold 4

Video Tutorial

Kelebihan Menyimpan Emas Bersama Ainin

Percuma

Tuan Puan akan peroleh semua bimbingan dan support group dengan percuma. Tuan puan juga bebas bertanya saya sebarang soalan bila-bila masa tanpa rasa bersalah kerana tanggungjawab saya memang untuk beri bimbingan kepada kumpulan penyimpan emas saya.

Ainin juga akan berikan bonus handbooks yang bernilai RM199 kepada penyimpan-penyimpan emas saya.

Rugi Tanpa Introducer

Sangat ramai penyimpan emas yang tiada introducer dan introducer tidak aktif datang kepada Ainin, bertanyakan soalan-soalan yang mereka tidak jelas.

Kadangkala mereka tidak tahu tentang perlunya introducer atau mereka daftar akaun tanpa buat pilihan terlebih dahulu.

Akhirnya, mereka juga yang rugi di kemudian hari. Mereka akhirnya terkapai-kapai. Tidak tahu ke mana untuk ajukan soalan tersebut. Mereka kemudiannya mencari introducer atau dealer orang lain untuk bertanya.

Ini kerana sistem Public Gold menggunakan sistem dealership. Kita tidak boleh terus bertanyakan kepada Public Gold melainkan kepada helpdesk (staff Public Gold) yang mana ini juga memerlukan bimbingan dealer.

Yang paling merisaukan, takut mereka buat tindakan yang tidak bijak dalam jual beli emas lalu menyalahkan intrumen emas pula. Sedangkan kita yang kurang tahu mengenai emas.

Risiko Introducer Tidak Aktif

Ada juga penyimpan emas yang bertanyakan soalan-soalan asas kepada Ainin kerana introducer mereka tidak lagi aktif atau tidak tahu banyak tentang emas atau Public Gold.

Dengan pengalaman Ainin selama 11 tahun iaitu sejak 2014 dalam jual beli emas serta Ainin juga ialah salah seorang Master Dealer di bawah team G100, di bawah mentorship tuan Zulkifli Shafie, inshaaAllah Ainin cuba bantu penyimpan emas di bawah bimbingan Ainin sebaiknya.

Circle Penyimpan Emas

Kita boleh menyimpan emas sendiri-sendiri. Kita boleh beli emas di kedai atau simpan emas di bank contohnya atau dengan Public Gold sendiri contohnya.

Tapi, beli emas di kedai sekadar touch n go. Tiada bimbingan dan tiada ilmu emas yang diberikan. Sedangkan yang membuatkan kita kaya sebenarnya bukan emas, tetapi ilmu tentang emas.

Simpan emas dengan Public Gold bersama kumpulan Ainin khususnya dan bersama team G100 umumnya, kita berpeluang berada dalam kumpulan/circle orang-orang yang mahu kukuhkan kewangan dengan emas serta orang-orang yang mahu menyimpan emas bermatlamat.

Kadang-kadang kita juga kalah dengan nafsu dan tidak berdisiplin dengan emas.

Lihat orang berjaya tambah dan simpan emas, kita juga tumpang bersemangat dan kekal berdisiplin untuk menabung emas menuju matlamat tabungan emas kita.

Peluang Grow bersama G100

Bagi Ainin, inilah yang paling penting.

Jika suatu hari penyimpan emas ingin upgrade jadi dealer, kita berpeluang berada dalam team G100.

Dengan team G100, perjalanan dealership lebih mudah dengan sistem dan kemudahan yang disediakan seperti toolset, training dan sebagainya.

Kesimpulan

Langkah pertama untuk menyimpan emas ialah yang paling berat.

Tak perlu faham semua, mula dahulu dengan bajet yang kecil untuk tetapkan benchmark harga pertama kita.

Dalam jangka masa pendek, harga emas memang sentiasa naik dan turun, tetapi jangka masa panjang, harga emas memang sentiasa naik kerana susut nilai wang kita serta inflasi.

Dengan akaun emas GAP, kita berpeluang untuk mula dengan bajet kecil iaitu RM 100 yang akan ditukarkan ke dalam gram emas.

Nak simpan hujung bulan ni? Boleh install apps Public Gold untuk explore dahulu. Boleh mula apabila bersedia.

Artikel ini dikemaskini: 29 April 2025

Artikel berkaitan:

  • Berpeluang Menang Jongkong Emas dan Dinar dengan Gold Accumulation Program Public Gold Auto Debit!
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Public Gold
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?
  • Rugi Simpan Emas Tanpa Introducer
  • 5 Sebab Perlu Introducer

Tutorial:

  • Cara keluarkan emas fizikal dari GAP
  • Pajak emas dari akaun GAP
  • Mudahnya Cara Jual Emas dalam Akaun Emas GAP
  • Tutorial Akaun Emas GAP Autodebit Public Gold
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, AKAUN EMAS UNTUK ANAK, CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD, SIMPAN EMAS

14 thoughts on “Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2025”

  1. Pingback: Public Gold(PG) VS Hello Gold (HG) VS Muamalat iGold - The Ainin Sofia
  2. Pingback: Apa yang Ainin belajar daripada Buku Enam Angka Menjelang Disember - The Ainin Sofia
  3. Pingback: Tempat Pajak Emas Public Gold Tanpa Buka Seal - The Ainin Sofia
  4. Pingback: Public Gold atau Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA) ? - The Ainin Sofia
  5. Pingback: Pajakan Emas guna Servis Arrahnu Gold Accumulation Program - The Ainin Sofia
  6. Pingback: Bermula dengan gram kecil - The Ainin Sofia
  7. Pingback: Cara Jadi Dealer Public Gold - The Ainin Sofia
  8. Pingback: 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold - The Ainin Sofia
  9. Pingback: 5 Tempat Simpanan Anak dan 5 Kelebihan Akaun Emas Anak - The Ainin Sofia
  10. Pingback: Perkara yang Kita Perlu Tahu untuk Pajak Emas di Arrahnu; Mana, Bila dan Berapa? - The Ainin Sofia
  11. Pingback: Adakah Akaun GAP Public Gold ialah Emas Digital? - The Ainin Sofia
  12. Pingback: 1 gram Akaun Emas GAP Public Gold atau 1 gram Emas Fizikal Limited Edition? - The Ainin Sofia
  13. Pingback: Selesaikan Hutang PTPTN dengan Emas - The Ainin Sofia
  14. Pingback: Berpeluang Menang Jongkong Emas dan Dinar dengan Gold Accumulation Program Public Gold Auto Debit! - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d