Sepanjang 12 tahun terlibat dengan emas, saya jumpa banyak kisah-kisah menarik dalam dunia emas nie.
Ada kisah yang menyebabkan saya ketawa dan ada kisah yang menyebabkan saya teruja.
Ia adalah cerita mengenai sifat konsisten seorang manusia @ istiqamah.
Ok, ada 3 cerita.
Cerita pertama
Seorang hamba Allah yang ingin menyimpan emas, membuka akaun simpanan emas GAP dengan 1 gram.
Lepas tu dia langsung tak pernah tambah gram dalam akaun GAP dia. Sikit pun tak tambah.
Dia pakai konsep bukak akaun dan tinggal. Mungkin dia ingat 1 gram tu boleh beranak jadi 10 gram kot selepas setahun π kikikiβ¦
Selepas setahun lebih dari tarikh buka akaun gap, dia tutup akaun 1 gram tersebut.
Tamatlah riwayat akaun GAP 1 gram tu π
Cerita kedua
Seorang cikgu @ kak Ita yang buka akaun GAP untuk anaknya pada tahun 2014.
Start dari hari buka akaun tersebut, kak Ita topup akaun GAP anaknya 1 gram setiap bulan TANPA GAGAL.
Sekarang akaun GAP tersebut dah ada 73 gram emas (as on November 2020)
Ini adalah kuasa 1 gram yang berterusan setiap bulan. Setelah 6 tahun akan nampak hasilnya.
Cerita ketiga
100 Dinar Emas.
Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah saya saksikan π₯³
“Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya”.
Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit⦠dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.
Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas πππ
Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.
Yang saya tahu, dia kumpul sedikit demi sedikit. Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.
Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.
Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama). Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.
Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.
Saya tanya dia “Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?
Dia jawab “Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu”.
“Ooooo.. gituβ¦. jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada”
“Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?” tanya saya lagi.
“Saya nak beli tanah” jawab diaβ¦
“Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset πππ” Balas saya.
Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.
Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah
Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.
- Istiqamah – sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.
Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.
Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.
Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.
- Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.
Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.
Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.